Maria Elena Blogger Inspirasi Aku!


Kenal tak dengan blogger si Maria Elena Zarul ni? Kalau tak kenal sila lah menapak secara berhemah dengan abang google ok. Kehkehkeh

Aku memang suka naww ah baca blog si Maria ni. Dah ah cun, pandai pulak tu. Tapi beliau sudah berkahwin ok. Kalau jumpa dengan beliau, jangan cuba-cuba nak fewit-fewit beliau pulak. Kang tak pasal-pasal kena kejar dengan tong gas kang dengan cek abang beliau! Dah berlari berkejaran korang di situ. Muehehehe =D

Beliau selalu jugak ah keluar kat majalah-majalah kalau korang perasan. Memang banyak betul income minah ni. 




Antara yang aku suka sangat jadikan blog beliau sebagai inspirasi aku:

1. Setiap posting yang beliau tulis bukan sahaja lawak, tetapi penuh dengan isi ok.

2. Blog dia kemas. Tak ada ah bersepah sangat dengan widget bagai.

3. Bahasa komunikasi di dalam blog yang digunakan oleh beliau tersangatlah kena dengan muda-mudi zaman sekarang. Tak ada lah baku sengat. Kalau baku sangat, memang beku ah otak aku nak baca. Tidak begitu Cik Ainom?(Contoh bahasa baku & Nerd) Muahahaha.

4. Selain aktif sebagai blogger, beliau jugak tersangatlah aktif sebagai vlogger jugak. Nak tengok video sempoi beliau? Sila hentak dengan siku anda di SINI secara berjemaah!

5. Beliau jugak tersangat confident habis bila di hadapan orang ramai, tak adanya nak eh, eh, eh mahupun oh, oh, oh bila bercakap di hadapan ok. Lancar macam air terjun je beliau speaking.

6. Part yang paling aku suka pasal minah ni. Perangai memang gila-gila habis. Family dia pun perangai masing-masing sepesen je aku tengok. Diorang ni jenis tak kisah, buat je selagi suka, janji bahagia.

7. Bahasa inggeris memang cukup power la beliau. Entry-entry beliau jugak banyak penggunaan bahasa inggeris yang dasyat! 

8. Nak tau blog beliau berinspirasi ke tak? Korang pergilah tengok sendiri Kat Sini sambil spare kuaci cap Char Cher ok. =D

Lagi satu, yang aku suka dengan Maria ni. Dia ni tak adalah nak cover-cover cun sangat kalau di depan khalayak ramai. selamba tenuk je asyik buat muka annoying dia tu. Memang hazabedul lah kalau korang tengok. Ni gambar-gambar beliau yang tidaklah cover cun langsung! Kahkahkah





Family beliau yang tersangatlah sporting habis! =D





Beliau dengan suami beliau As Firdaus


Tu jelah kut cerita pasal blog inspirasi kali ni. Siapakah blog inspirasi korang? Adakah lagi hebat daripada Maria Elena? Sila link kan ke komen bawah ni. Aku nak pergi usha jugak blog inspirasi korang tu sambil makan Burger Bakar Abang Burn. Kan? Kan? Kan? Muehehehe =D


"Ayam daging, tercekek nasi himpit
Lepas baca, komen la sikit!"



BYE. =)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...