Pantang Larang Orang Tua-tua Dulu. Betul Ke?

Hari ni aku nak try explain pasal maksud pantang larang orang tua-tua dulu. Betul ke kena pantang itu dan ini? Kalau langgar pantang akan jadi betul-betul ke benda tu? Benda apa? Meh sini kita try terjemahkan sama-sama. 



@Jangan nyanyi dekat dapur, nanti dapat laki tua

Maksud tersirat: Dah asyik sangat bergoyang gerudi nyanyi lagu dangdut dekat dapur. Nanti kalau tengah masak kuih bangkit ke ape ke kat dapur tu. Tak ke hangus rentung kuih bangkit tersebut? Sebab ralit benaw dengan nyanyian korang tu. Letak garampun mahu seguni kalau asyik menyanyi je kerja. Mahu habis semua kencing masin kalau makan kuih bangkit tersebut. Muahahahaha


@Jangan makan ubah-ubah tempat, nanti kahwin banyak

Walaweih lah kepada kaum lelaki sekalian kan? Mau melompat sorang-sorang kalau benda ni jadi kenyataan. Tak gitu wahai kaum-kaumku sekalian? Muehehehe

Maksud tersirat: Nanti kalau makan ubah-ubah tempat, kalau nasi ada jatuh-jatuh. Kan menyusahkan hidup kalau nak kutip balik nasi yang tumpah sebutir-sebutir tu. Takut makan bersepah maksudnya. 


@Jangan main kat luar time senja, nanti jumpa momok

Elleeeehhhh. Ini masa aku kecik-kecik dulu yela aku cuak kalau jumpa momok. Tapi so far, dalam hidup aku, aku tak pernah lagi lah jumpa momok. Dan memang aku tak nak jumpa pun. Panggil MOMOK ni lagi kiut sikit dari panggil hantu. Kalau panggil hantu dengar macam seriau sikit.

Maksud tersirat: Time-time senja, masuk la rumah. Syaiton Nirrajim banyak tengah berkeliaran mandi manda bersuka ria dekat luar time tu. So baik duduk dalam rumah diam-diam. Lagipun dah nak maghrib. Depa suruh solat maghrib tu. Jangan asyik melalak je main bola sepak, galah panjang, polis senteri dekat luar. Ada paham??? Muehehehehe =D


@Jangan potong kuku waktu malam, nanti mak ayah meninggal tak sempat nak jumpa

 Dasyat naww abang ni potong kuku. Muahahaha

Benda alah ni tersangat menakutkan ok bila dengar. Habis panjang lah kuku masing-masing. Pergi sekolahpun sanggup kena denda sebab kuku panjang sangat. Petang tak sempat nak potong sebab dok main polis senteri hari-hari dekat luar habis waktu sekolah. Kalau bagi alasan macamni. Memang free-free kena hayun penampor dengan cikgu disiplin! Kehkehkeh

Maksud tersirat: Sebab zaman dulu kan diorang pakai pelita. Takut tangan terbakar ke ape ke kan. Dan lagi satu kan malam. Malam kan gelap. Taknak lah tibe-tibe je korang melalak kesakitan akibat terpotong ibu jari sendiri time-time tengah malam buta tu.


@Jangan tunjuk pelangi nanti tangan kudung.

Haaa. Yang ni aku tak tahu maksud tersirat dia. Kenapa tangan boleh jadi kudung ke apa. Ada sesiapa tahu? Tak berapa nak sure la pasal ni. =)


@Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul

Sebenarnya best kut duduk atas bantal ni. Empuk dan comfortable je kan. Muahahaha

Maksud tersirat: Tak eloklah benda yang kita letak kepala dipunggungkan. Kotlah terkentut ke hape kat atas bantal tu. Kita pun sedap je tidor Krohh krohh kat atas bantal tu. Memang tak senonoh.


@Time baring jangan angkat kedua-dua kaki kat atas, nanti mak ayah meninggal

Maksud tersirat: Aku rasa nampak tak sopan lah kot kalau dok terkinja-kinja dok angkat kaki kat atas tu. Tambah-tambah anak dara. Lagi tak senonoh kalau orang tengok kan? Tapi aku TERbuat jugak kadang-kadang. TER ok. Bukan sengaja pun. Lepas tu kena la piat pat ploh pat das kat telinga dengan mak aku.Muahahaha


Tapi ada satu pantang larang ni yang aku pelik-pelik-pelik-pelik-pelik-pelik  sangat-sangat.



@Jangan tangkap gambar 3 orang, nanti salah seorangnya akan mati

Yang tangkap gambar 3 orang ni sampai sekarang aku tak faham apa relevanya. Ke korang tahu sebab apa tak boleh tangkap gambar lebih dari tiga orang?


Ini jelah yang aku selalu dengar. Ada lagi, tapi tiba-tiba aku lupa pulak. Banyak betul "jangan" orang dulu-dulu kan? Macam ni lah orang tua-tua dulu educated anak-anak diorang. Lebih smooth bila besar godang ni kita semua tahu ni semuanya kelentong. But sebenarnya depa nak jadikan anak-anak supaya lebih sopan dan tak kwanghajarrr. Kan budi bahasa itu kan budaya kita? Eceehhh.

Korang pernah dengar tak selain daripada ni? Apa lagi eea pantang larang orang tua-tua dulu? =)


BYE.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...