Hari minggu? Rutin harian seorang pelajar suka naww ah keluar pusing-pusing bandar kan. Hujung minggu ni aku tak keluar manapun. Roomate tercinta ajak aku keluar nak pergi beli stock-stock makanan yang semakin susut kat dalam bilik. Aku tersangatlah malas nak keluar. Nak tau kenapa? Nak tunggu Bas Rapid KL datang ambik kat depan hostel je pun maunya dalam sejam lebih camtu. Baik duduk bersuka-ria kat dorm. lagi best! Muahahaha =D
So, alasan yang terhebat kepada roomate aku:
"Ko keluar ah, aku nak basuh baju la. Aku kan memang rajin nak basuh-basuh baju ni semua. Ko tinggal je baju ko yang tak basuh lagi tu, nanti aku basuh sekali!"
Pang!!! Kena lempang dengan roomate secara marathon. Kalau lempeng takpa lagi. Kahkahkah. Sila jangan percaya dialog di atas. =D
Ok, berbalik kepada cerita mesin basuh tadi. Lepas roomate aku keluar, aku apa lagi terus terpa baju yang tak basuh lagi tu, berjalan secara berlenggang kangkung pergi terpa mesin basuh kat hostel. Lepas dah settle masukkan duit & sabun cap kapak apa semua. Terus la tekan butang start.
Mula-mula keluar air, lepas tu dia stop sendiri. Dalam hati memang dah tak tahan dah ujian macamni kang. Aku bersabar and then masuk la lagi duit dua ringgit. Function mesin basuh tersebut tetap sama macam tadi. Argh! menyirap tahap gaban dah ni aku time tu.
Tak pe, sabar lagi. Aku tukar ke mesin sebelah pulak. Masuk duit dua ringgit & tekan button start lagi sekali. Mesin number dua first-first menunjukkan tindak balas yang memberangsangkan. Aku jadi girang sekejap la kang. Muahahahah. Tak sampai 10 minit, mesin basuh number duapun buat perangai tak senonoh jugak! Putar sekejap je, lepas tu berhenti! Aku sudah "What The!" dah masa tu kan.
Dengan penuh kesabaran yang jitu! Akupun, merenung jelah kain baju yang berlonggok tahap hazabedah yang belum basuh lagi tu. Dah... melayang duit aku Nam hinggit kat mesin basuh tersebut! Tak pe, redho jelah!
Last-last, ambik kau! Secara drastik roh kerajinan masuk kedalam tubuh! Semangat gila aku basuh baju yang berlonggok sakan tu sambil miming lagu M. Daud Kilau! Muahahaha =D
Seksi naw sidai baju. Muehehehehe
Lepas je roomate aku balik. Aku terus la cerita drama air mata yang berlaku kat aku tadi tu. Terus tersengih-sengih macam kerang wangi kat aku macam makcik kat bawah ni hah. Macam nak cepuk dengan baldi je muka beliau (kawan aku). Muahahahaha =D
So, moral dia kat sini. Korang basuh la baju dengan tangan sendiri. Nescaya akan bermusclekan lagi otot lengan anda! Muahahaha =D
BYE.
P/S: To En. Azzwan, boleh ke tulis blog dengan ayat-ayat rojak seperti ini? Ke nak dalam bentuk tatabahasa Melayu yang betul? Tiba-tiba pulak lutut aku dah menggeletar secara drastik!!! =D
No comments :
Post a Comment