Kebaikan Media Sosial Yang Perlu Kita Teladani Dengan Penuh Kasih Sayang

Kembali lagi dengan entry yang agak ilmiah sikit la kali ni. Entry-entry sebelum ni ilmiahnya, ke padang golf Tasik Titiwangsa je lah. Merapu je banyak. Mujur tajuk blog bebas, kalau tak, mau terjun bangunan aku nak cari idea. Muahahaha


Budak-budak zaman sekarang, kalau tak ada facebook? Tak yah nak gebang la weih. Masing-masing dua puluh pat jam dengan natang tu je, i mean facebook la. Tak kira ah, lepas masak nasik goreng pattaya kun krun kap kap ke, lepas habis kelas baru kena penampor dengan pensyarah sebab tak hantar assignment ke, lepas main tom tom bak mak yung de dek dengan jiran sebelah ke, mesti akan luangkan masa jugak dengan FB nie walaupun Sesaat Kau Datang-Ramlah Ram. Eh?  =D

Aku ambik contoh facebook la senang sikit, sebab masing-masing sudah sedia terjeremus dengan dunia kefacebookan ni kan? Ke korang berhubung dengan member korang utus-utus surat je? Dah... tak yah nak kelentong, kang tak pasal-pasal aku pelangkong muka masing-masing dengan sardin cap unta kang! Muehehehe

Antara kebaikan media sosial facebook nie:

@Dapat jugak buat business dalam facebook. bagi Cik Senah, Makngah Timah, Maklang Jenab yang nak jual kerepek ubi pedas ke apa ke kan. Promote je dalam facebook. Confirm mencurah-curah pelanggan tempah =D

@Dapat mengeratkan silaturahim sesama insan. Tak kira lah, tua, muda, miskin, kaya sama sahaja. Mintak mak. Kuih sepotong. Saya mahu makan kerna perut kosong. Ahh.. termenyanyi plak! Kahkahkah

@Jimat kos. Tanpa perlu tersadai lama-lama kat Pejabat Pos untuk pos surat kat member korang. Nak-nak, kalau korang jenis yang melimpah ruah member. Tak ke menyusahkan hidup nak kena pos surat kat sorang-sorang. Kalau facebook, korang invite je kat invitation tu, habis cerita! =D

@Kadang-kadang terjumpa jodoh korang kat dalam facebook. Nak-nak bagi yang bekerjaya. Tak ada masa nak bersosial sangat. Bukak je facebook. Mana tau ada jodoh kat situ? 

@Perbincangan yang bijak dalam facebook. Tak adalah nak kena set tempat bagai kalau nak buat discussion. Mostly, student lah, ruang perbincangan paling berkesan media sosial facebook!



Sekarang ni aku tengok, makcik-makcikpun dah pandai main dengan benda alah facebook ni. Kadang-kadang geng makcik-makcik ni dok bergosip-mosippun dalam facebook.

So, gunalah media sosial anda dengan bijak. Baru nak daftar facebook? Don't worry babeh! Hentak je dengan jejaring runcing korang kat SINI!

Apa-apapun jangan ketagih dah la dengan benda alah facebook ni. Kang tak pasal-pasal jadi meroyan macam pakcik kat bawah ni hah. Muahahaha =D



BYE =D

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...