Maria Elena Blogger Inspirasi Aku!


Kenal tak dengan blogger si Maria Elena Zarul ni? Kalau tak kenal sila lah menapak secara berhemah dengan abang google ok. Kehkehkeh

Aku memang suka naww ah baca blog si Maria ni. Dah ah cun, pandai pulak tu. Tapi beliau sudah berkahwin ok. Kalau jumpa dengan beliau, jangan cuba-cuba nak fewit-fewit beliau pulak. Kang tak pasal-pasal kena kejar dengan tong gas kang dengan cek abang beliau! Dah berlari berkejaran korang di situ. Muehehehe =D

Beliau selalu jugak ah keluar kat majalah-majalah kalau korang perasan. Memang banyak betul income minah ni. 




Antara yang aku suka sangat jadikan blog beliau sebagai inspirasi aku:

1. Setiap posting yang beliau tulis bukan sahaja lawak, tetapi penuh dengan isi ok.

2. Blog dia kemas. Tak ada ah bersepah sangat dengan widget bagai.

3. Bahasa komunikasi di dalam blog yang digunakan oleh beliau tersangatlah kena dengan muda-mudi zaman sekarang. Tak ada lah baku sengat. Kalau baku sangat, memang beku ah otak aku nak baca. Tidak begitu Cik Ainom?(Contoh bahasa baku & Nerd) Muahahaha.

4. Selain aktif sebagai blogger, beliau jugak tersangatlah aktif sebagai vlogger jugak. Nak tengok video sempoi beliau? Sila hentak dengan siku anda di SINI secara berjemaah!

5. Beliau jugak tersangat confident habis bila di hadapan orang ramai, tak adanya nak eh, eh, eh mahupun oh, oh, oh bila bercakap di hadapan ok. Lancar macam air terjun je beliau speaking.

6. Part yang paling aku suka pasal minah ni. Perangai memang gila-gila habis. Family dia pun perangai masing-masing sepesen je aku tengok. Diorang ni jenis tak kisah, buat je selagi suka, janji bahagia.

7. Bahasa inggeris memang cukup power la beliau. Entry-entry beliau jugak banyak penggunaan bahasa inggeris yang dasyat! 

8. Nak tau blog beliau berinspirasi ke tak? Korang pergilah tengok sendiri Kat Sini sambil spare kuaci cap Char Cher ok. =D

Lagi satu, yang aku suka dengan Maria ni. Dia ni tak adalah nak cover-cover cun sangat kalau di depan khalayak ramai. selamba tenuk je asyik buat muka annoying dia tu. Memang hazabedul lah kalau korang tengok. Ni gambar-gambar beliau yang tidaklah cover cun langsung! Kahkahkah





Family beliau yang tersangatlah sporting habis! =D





Beliau dengan suami beliau As Firdaus


Tu jelah kut cerita pasal blog inspirasi kali ni. Siapakah blog inspirasi korang? Adakah lagi hebat daripada Maria Elena? Sila link kan ke komen bawah ni. Aku nak pergi usha jugak blog inspirasi korang tu sambil makan Burger Bakar Abang Burn. Kan? Kan? Kan? Muehehehe =D


"Ayam daging, tercekek nasi himpit
Lepas baca, komen la sikit!"



BYE. =)

Nostalgia Sangat Dengan Gula-Gula Nie Zaman Aku Kecik-Kecik Dulu (PART 1)

Polis Senteri One Two jaga Polis mati pencuri jaga. Ram-ram pisang, pisang masak layu, jatuh dalam lubang sambar bapak Yu. Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu tepuk bagi pandai emak upah susu. Masih kah kau ingat dengan lagu-lagu permainan ni semua? Ke korang tak pernah nyanyipun lagu-lagu macam nie time korang kecik-kecik dulu? Nampak nawww kebandaranya di situ! =D

Perghh!!! Kalau zaman kecik-kecik dulu, buat lah apa pun korang nak buat. Tak ada sapa pun boleh halang. Nak main batu seremban bawah rumah ke? Nak gelak kuat-kuat sampai terkentut ke? Nak lari laju-aju atas rumah ke? Buatlah kan. Zaman tu tak ada langsung nak pikir pasal masalah. Happy je memanjang time tu. 

Kalau kanak-kanak dengan gula-gula pulak? Memang ah tak dapat nak dipisahkan! Kalau pergi kedai runcit dengan ayah ke, mak ke zaman tu, memang menangis tahap gaban la nak beli gula-gula kan? Kalau tak dapat? Mau menggelepur kat dalam kedai runcit tu. Maunya mak ayah pening kepala nak layan kerenah, nak-nak jenis yang tak makan saman, lagi peninglah mak dengan ayah nak handle! Muehehehe

Zaman aku kecik-kecik dulu, gula-gula kat bawah ni memang famous-amous time tu. Kau pergi jelah kedai runcit Ah Seng ke? Kedai Runcit Pak Leman Lebai ke? Ataupun kedai runcit Muthu Sami Anak Lelaki Raja Kapoor sekalipun, mesti wajib punya jumpa gula-gula kat bawah ni aku rasa. =D




1. Gula-gula susu


Memang familar sangat ah dengan gula-gula susu ni time aku kecik-kecik dulu.  Korang bayangkan, sepuluh sen time tu boleh dapat 4 bijik gula-gula ni? Memang riang ria di hari raya la kan 4 bijik sepuluh sen? Dah la sedap, murah pulak tu. Tak ke bahagia namanya tu? Muahahaha 




2. Gula-gula cap udang


Yang nipun aku suka beli jugak masa aku kecik-kecik dulu. Gula-gula ni aku rasa paling unik kot. Mana tak uniknya? Benda alah plastik lutsinar yang warna putih tu boleh makan ok! Yang tak tahan lagi tu, aku beli gula-gula ni banyak-banyak, semata-mata nak makan plastik lutsinar yang warna putih tu je. Nampak tak kegonjengan dan kebebalan aku masa tu? Kahkahkah.




3. Gula-gula bentuk bulat-bulat macam coin


Gula bentuk bulat-bulat macam coin. Kalau korang aku tak tahu lah korang panggil apa dengan benda ni kan? Yang ni rasa dia ada macam asam-asam sikit. Selalu ah aku berlari berkejaran pergi beli gula-gula ni kat kedai Pak Leman Lebai time tu. Kan lepas balik sekolah tu nak pergi main polis senteri one two jaga dengan kawan-kawan, benda alah gula-gula bentuk coin ni haruslah menjadi bekalan di kala kelaparan masa tu kan? Sengal tak aku? Kehkehkehkeh =D




4. Gula-gula batang empat segi


Satu-satunya gula-gula yang aku tak suka zaman aku kecik-kecik dulu! Mana taknya, design beliau(gula-gula batang empat segi) memanglah cantik kalau tengok dari segi luaranya. Bila nak makan je, ambik kau! Mau tercabut gigi susu yang baru nak tumbuh tu! Dia punya gula-gula memang keras & liat tahap nak meninggal! Memang hazabedul sangatlah aku nak makan. Kalau opah-opah makan, aku rasa mau jugak terpelanting gigi palsu diorang kan? Poliden tak poliden. Memang terpelanting jugak ah gigi palsu opah-opah tersebut kalau meroyan jugak nak cuba makan benda alah gula-gula batang empat segi tersebut ok! Muahahaha =D


Macam malas pulak nak taip panjang-panjang. Dah lah, stop kat sini jelah. Kalau rajin nanti aku buat yang PART 2 pulak. Kalau rajin lah. Assignment bertong-tong lagi tak siap tu. Oh! Apakan daya, aku hanyalah seorang student yang menurut kata! Perghh!!! Ayat sembilu siot! Muehehehe =D


"Makan kuih bauhulu cicah dengan air kopi
Kalau rajin aku up entry lagi"


Sekian, terima kasut!


BYE

Pantang Larang Orang Tua-tua Dulu. Betul Ke?

Hari ni aku nak try explain pasal maksud pantang larang orang tua-tua dulu. Betul ke kena pantang itu dan ini? Kalau langgar pantang akan jadi betul-betul ke benda tu? Benda apa? Meh sini kita try terjemahkan sama-sama. 



@Jangan nyanyi dekat dapur, nanti dapat laki tua

Maksud tersirat: Dah asyik sangat bergoyang gerudi nyanyi lagu dangdut dekat dapur. Nanti kalau tengah masak kuih bangkit ke ape ke kat dapur tu. Tak ke hangus rentung kuih bangkit tersebut? Sebab ralit benaw dengan nyanyian korang tu. Letak garampun mahu seguni kalau asyik menyanyi je kerja. Mahu habis semua kencing masin kalau makan kuih bangkit tersebut. Muahahahaha


@Jangan makan ubah-ubah tempat, nanti kahwin banyak

Walaweih lah kepada kaum lelaki sekalian kan? Mau melompat sorang-sorang kalau benda ni jadi kenyataan. Tak gitu wahai kaum-kaumku sekalian? Muehehehe

Maksud tersirat: Nanti kalau makan ubah-ubah tempat, kalau nasi ada jatuh-jatuh. Kan menyusahkan hidup kalau nak kutip balik nasi yang tumpah sebutir-sebutir tu. Takut makan bersepah maksudnya. 


@Jangan main kat luar time senja, nanti jumpa momok

Elleeeehhhh. Ini masa aku kecik-kecik dulu yela aku cuak kalau jumpa momok. Tapi so far, dalam hidup aku, aku tak pernah lagi lah jumpa momok. Dan memang aku tak nak jumpa pun. Panggil MOMOK ni lagi kiut sikit dari panggil hantu. Kalau panggil hantu dengar macam seriau sikit.

Maksud tersirat: Time-time senja, masuk la rumah. Syaiton Nirrajim banyak tengah berkeliaran mandi manda bersuka ria dekat luar time tu. So baik duduk dalam rumah diam-diam. Lagipun dah nak maghrib. Depa suruh solat maghrib tu. Jangan asyik melalak je main bola sepak, galah panjang, polis senteri dekat luar. Ada paham??? Muehehehehe =D


@Jangan potong kuku waktu malam, nanti mak ayah meninggal tak sempat nak jumpa

 Dasyat naww abang ni potong kuku. Muahahaha

Benda alah ni tersangat menakutkan ok bila dengar. Habis panjang lah kuku masing-masing. Pergi sekolahpun sanggup kena denda sebab kuku panjang sangat. Petang tak sempat nak potong sebab dok main polis senteri hari-hari dekat luar habis waktu sekolah. Kalau bagi alasan macamni. Memang free-free kena hayun penampor dengan cikgu disiplin! Kehkehkeh

Maksud tersirat: Sebab zaman dulu kan diorang pakai pelita. Takut tangan terbakar ke ape ke kan. Dan lagi satu kan malam. Malam kan gelap. Taknak lah tibe-tibe je korang melalak kesakitan akibat terpotong ibu jari sendiri time-time tengah malam buta tu.


@Jangan tunjuk pelangi nanti tangan kudung.

Haaa. Yang ni aku tak tahu maksud tersirat dia. Kenapa tangan boleh jadi kudung ke apa. Ada sesiapa tahu? Tak berapa nak sure la pasal ni. =)


@Jangan duduk atas bantal, nanti naik bisul

Sebenarnya best kut duduk atas bantal ni. Empuk dan comfortable je kan. Muahahaha

Maksud tersirat: Tak eloklah benda yang kita letak kepala dipunggungkan. Kotlah terkentut ke hape kat atas bantal tu. Kita pun sedap je tidor Krohh krohh kat atas bantal tu. Memang tak senonoh.


@Time baring jangan angkat kedua-dua kaki kat atas, nanti mak ayah meninggal

Maksud tersirat: Aku rasa nampak tak sopan lah kot kalau dok terkinja-kinja dok angkat kaki kat atas tu. Tambah-tambah anak dara. Lagi tak senonoh kalau orang tengok kan? Tapi aku TERbuat jugak kadang-kadang. TER ok. Bukan sengaja pun. Lepas tu kena la piat pat ploh pat das kat telinga dengan mak aku.Muahahaha


Tapi ada satu pantang larang ni yang aku pelik-pelik-pelik-pelik-pelik-pelik  sangat-sangat.



@Jangan tangkap gambar 3 orang, nanti salah seorangnya akan mati

Yang tangkap gambar 3 orang ni sampai sekarang aku tak faham apa relevanya. Ke korang tahu sebab apa tak boleh tangkap gambar lebih dari tiga orang?


Ini jelah yang aku selalu dengar. Ada lagi, tapi tiba-tiba aku lupa pulak. Banyak betul "jangan" orang dulu-dulu kan? Macam ni lah orang tua-tua dulu educated anak-anak diorang. Lebih smooth bila besar godang ni kita semua tahu ni semuanya kelentong. But sebenarnya depa nak jadikan anak-anak supaya lebih sopan dan tak kwanghajarrr. Kan budi bahasa itu kan budaya kita? Eceehhh.

Korang pernah dengar tak selain daripada ni? Apa lagi eea pantang larang orang tua-tua dulu? =)


BYE.

Kucing Dijadikan Hiasan Di Dalam Botol? Biar Betik?


Terkejut jugak lah first time aku jumpa berita ni. Korang bayangkan, kucing sepatutnya dibelai & disayangi. Tapi ada jugak manusia yang sanggup seksa haiwan kesukaan Abi Hurairah ni di masukkan dalam botol. Nak buat perhiasan katanya. Ada jugak manusia yang sanggup buat macam nie. Macam-macam dunia sekarang. Kalau aku jumpa sapa yang buat cenggini, mau aku cepuk muka beliau dengan baldi cap Apple Lady! =D






 

Ish, ish, ish! Apalah nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni kan? Makin maju ekonomi, makin menjadi-jadi manusia berfikir kan? Kucingpun ko nak buat perhiasan? Tak ada binatang lain dah ke. Adoi!


P/S: Lepas ni jangan ada kambing gurun tersumbat dalam botol sudah! Muahahaha =D

BYE.

Burger Bakar Abang Burn Kaw Kaw Area Bangi


Tadi, borak-borak kosong dengan member aku. Bukan main lagi dok story pasal Burger Bakar Abang Burn nie. Dengar macam lazat benaw diorang dok bercerita. Tanpa membuang masa aku pun mengesearch laa alamat burger bakar abang burn ni hah kat area-area sini. Abang burn kan banyak benaw lokasi jajahan beliau. Alamat yang keluar daripada pak cik google:

Restoran Burger Bakar Abang Burn
No.35 Jalan Teras Jernang,
Taman Jernang Jaya,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 
Masa Operasi adalah 5 petang ke 12.30 pagi 



Gigih naw aku cari alamat beliau. Muahahaha. Motif cari alamat Burger Bakar Abang Burn nie? Apa kata kalau satu kelas Aplikasi komputer pergi dinner kat Restoran ni. Sambil-sambil tu boleh ah mengeratkan hubungan silatul rahim sesama kita. 












Cadangan aku, apa kata kalau satu kelas pakat pergi makan ramai-ramai kat Burger Bakar Abang Burn nie. Nak tak? Collect laa sorang sikit. Kalau ada lagi tempat makan paling best, cuba cadangkan kat mana? Kalau En. Azzwan nak belanjapun ok jugak tu! Muehehehehe =D

Kalau setuju sila komen kat bawah.


BYE.

Mesin Basuh Hostel Buat Hal Lagi

Hari minggu? Rutin harian seorang pelajar suka naww ah keluar pusing-pusing bandar kan. Hujung minggu ni aku tak keluar manapun. Roomate tercinta ajak aku keluar nak pergi beli stock-stock makanan yang semakin susut kat dalam bilik. Aku tersangatlah malas nak keluar. Nak tau kenapa? Nak tunggu Bas Rapid KL datang ambik kat depan hostel je pun maunya dalam sejam lebih camtu.  Baik duduk bersuka-ria kat dorm. lagi best! Muahahaha =D

So, alasan yang terhebat kepada roomate aku: 

"Ko keluar ah, aku nak basuh baju la. Aku kan memang rajin nak basuh-basuh baju ni semua. Ko tinggal je baju ko yang tak basuh lagi tu, nanti aku basuh sekali!" 

Pang!!! Kena lempang dengan roomate secara marathon. Kalau lempeng takpa lagi. Kahkahkah. Sila jangan percaya dialog di atas. =D



Ok, berbalik kepada cerita mesin basuh tadi. Lepas roomate aku keluar, aku apa lagi terus terpa baju yang tak basuh lagi tu, berjalan secara berlenggang kangkung pergi terpa mesin basuh kat hostel. Lepas dah settle masukkan duit & sabun cap kapak apa semua. Terus la tekan butang start. 

Mula-mula keluar air, lepas tu dia stop sendiri. Dalam hati memang dah tak tahan dah ujian macamni kang. Aku bersabar and then masuk la lagi duit dua ringgit. Function mesin basuh tersebut tetap sama macam tadi. Argh! menyirap tahap gaban dah ni aku time tu. 

Tak pe, sabar lagi. Aku tukar ke mesin sebelah pulak. Masuk duit dua ringgit & tekan button start lagi sekali. Mesin number dua first-first menunjukkan tindak balas yang memberangsangkan. Aku jadi girang sekejap la kang. Muahahahah. Tak sampai 10 minit, mesin basuh number duapun buat perangai tak senonoh jugak! Putar sekejap je, lepas tu berhenti! Aku sudah "What The!" dah masa  tu kan. 
Dengan penuh kesabaran yang jitu! Akupun, merenung jelah kain baju yang berlonggok tahap hazabedah yang belum basuh lagi tu. Dah... melayang duit aku Nam hinggit kat mesin basuh tersebut! Tak pe, redho jelah! 





Last-last, ambik kau! Secara drastik roh kerajinan masuk kedalam tubuh! Semangat gila aku basuh baju yang berlonggok sakan tu sambil miming lagu M. Daud Kilau! Muahahaha =D


Seksi naw sidai baju. Muehehehehe



Lepas je roomate aku balik. Aku terus la cerita drama air mata yang berlaku kat aku tadi tu. Terus tersengih-sengih macam kerang wangi kat aku macam makcik kat bawah ni hah. Macam nak cepuk dengan baldi je muka beliau (kawan aku). Muahahahaha =D



So, moral dia kat sini. Korang basuh la baju dengan tangan sendiri. Nescaya akan bermusclekan lagi otot lengan anda! Muahahaha =D

BYE.

P/S: To En. Azzwan, boleh ke tulis blog dengan ayat-ayat rojak seperti ini? Ke nak dalam bentuk tatabahasa Melayu yang betul? Tiba-tiba pulak lutut aku dah menggeletar secara drastik!!! =D

Jom Kita Beramah Mesra Bersama

Salam budiman semua... Wah! Memang tersangatlah hazabedah nak buat blog nikan. Puas jugaklah aku menggodek dan terus menggodek untuk membuat blog nie. Akhirnya, berjaya dengan cemerlang jugak buat! hahahaha.

Ok, nama aku Mohd Fikri Khairuddin B Abu Bakar. kenapa blog ini wujud? Actually, aku buat blog ni untuk memenuhi keperluan kelas Aplikasi Komputer yang aku amat minati! Daripada tak tahu apa-apa tentang blog, terus tahu! dasyat tak kite? Muahahaha =D

Suka naww belajar komputer guling-guling cenggini =D

First time datang UKM? Memanglah bestkan! First choice kot. Tapi aku terkilan sikit laa sebab tak boleh nak join aktiviti orintasi bersama dengan rakan-rakan tercinta. Sebelum sehari nak datanag UKM, aku eksiden agak teruk jugaklah. Memang down habis masa nak datang tu. Tapi dengan azam yang tersangatlah kental, sekental kacang tanah cap tangan, aku gagahi jugak untuk datang ke UKM. 


UKM memang ohsem!

Cukuplah untuk entry pertama aku kali ni. Kang takut tak dak idea pulak nak menaip kang. Apa-apapun aku nak ucap bermilion-milion terima kasih kepada Encik Azzwan iaitu guru kelas Aplikasi Komputer aku yang kacak lagi mempersona kerana memberi tunjuk ajar yang tersangatlah berguna untuk buat blog nie! Memang tak pernah terfikirpun aku akan buat blog! Muehehehehe =D


"Anak itik tokwi tertelan bijik guli,
Lain masa aku bercoleteh lagi".



K,BYE. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...