Orang Tersayang!!!

Kali ini bukan aku nak berkasih sayang mahupun bercanda secara beriang ria di tepi pantai sampai semput ke ape ke ye. Tajuk entry diberi sebagai tema blog hari ini pasal orang yang boleh dipercayai dan disayangi. Baru ah felling Rosalinda Ayammmor ok! Kemaheng Rosalinda Ayammmorrrr semua keluar. Muehehehe


Adakah orang tersayang aku Rosalinda Ayammor yang suka gentel-gentel bunga ros merah menyala itu???



Seksi naw kau wahai Rosalinda Ayammmmor yang suka gentel-gentek bunga ros merah menyala! Muahahaha =D


No! No! No! Bukan Rosalinda Ayammmor orangnya untuk aku berkasih sayang. Dah kenapa dengan aku nak berkasih sayang dengan Rosalinda Ayammmor? Dah ah free hair, rambut berdai oren macam taik katak puru pulak tu. Lepas tu, baju nak tak nak je pakai. Baik aku berkasih sayang dengan mak dengan ayah aku, lagi berfaedah! Kehkehkeh



 Mak & Ayah aku =)

Hari ni aku nak cerita pasal mak dengan ayah aku. Aku rasa diorang lah insan yang paling aku percayai. Kalau ada masalah negara mahupun kajian tempatan ke hape ke kan, aku akan mengadu domba kat diorang. Dari kecik, memang aku rapat dengan mak dengan ayah aku. Aku paling rapat dengan mak aku lah. Ayah pun, aku rapat jugak.

Aku ingat lagi masa kecik-kecik gonjeng masa zaman-zaman berhingus dulu. Pantang dengar ayah aku start enjin motor nak pergi kedai mamak annadeyy pucitandeyy karripuleyyy nak pergi beli roti canai ke apa ke, mesti aku sibuk dok celapak berkejaran nak ikut beliau bersama untuk pergi beli roti canai kedai mamak annadeyy pucitandeyy karripuleyyy tersebut. Duduk dalam raga ok, yang raga kat depan motor tu. Muehehehe.

Tapi sekarang dah tak buat lah perangai tak berperikemanusiaan sedemikian rupa nak duduk dalam raga depan motor tu. Kalau buat jugak, nampak nawww kau nak makan penampar sulong dengan ayahanda aku! =D

Sebab tu ah, sampai sekarang kalau aku ada problem ke ape ke, mesti aku cerita dekat mak dengan ayah aku. Sebab apa? sebab aku rasa mak dengan ayah aku sempoi je bila bagi pendapat macamana cara nak settle balik masalah tersebut.  



Perghhh!!!Rasa macam nak mengalir air mata kejantanan aku bila tengok gambar kat atas ni! Tisu cap Premier! Tisu cap Premier! Pleasssse! Muehehehe =D

Aku rasa kalau kita ada masalah ke hape ke kan. Better, kita mengadu domba kecebom kecebm dengan mak ayah kita. Tapi terpulang kepada keselesaan masing-masing lah. Ada yang suka cerita masalah dia dekat member, ada jugak yang suka cerita masalah dia kat pensyarah dan ada setengah lagi tu, suka jugak luahkan masalah dia dekat pokok-pokok bunga. Terpulanglah kepada keselesaan masing-masing lah kan.  =D

Stop secara bertepuk amai-amai berbelalang berkedek-kedek dulu lah tulis entry ni. Bukannya ada orang nak baca pun kan kalau aku meraban panjang-panjang? Muahahaha


Pat-pat siku lipat, siku lipat hentak kaki,
Pat-pat muka ketat, lain masa aku up entry lagi. =D





BYE

Tips Sakit Tekak Yang Berkesan & Mujarab!

Uhuk Uhuk Uhuk! Ahak ahak ahak! Ehek ehek ehek! Achaner? Ada tak yang dok sakit-sakit tekak sekarang? Kebelakangan ni aku tengok ramai budak-budak kelas aku dok sakit tekak. Sakit tekak, bukan sakit tengkuk. Sakit tengkuk tu lain, kalau sakit tengkuk pergi klinik Doktor Che' Pah Vibrate sendiri ok. =D





Sejak dua menjak ni ramai nawww member-member aku dok batuk uhuk-uhuk dalam kelas. Risau nawww aku takut berjangkit. Roomate akupun dok batuk-batuk dalam bilik. Makin berirama batuk dia aku tengok sekarang. Untuk melegakan batuk yang tak menahan dok menggatal kat dalam tekak korang tu, meh sini aku nak kasi petua sikit :

1) Minum air asam jawa. Better buat sendiri lah air asam jawa tu, buat suam-suam kuku unta gurun je masa nak minum tu. Untuk hasil yang lebih berhemah, sila minum air asam tersebut secara sikit-sikit.

2) Boleh jugak kalau nak guna asam keping. Bakar sampai hitam dan rentung. Lepas tu tumbuk sampai lumat. Gamak tengah putus dengan pakwe mahupun makwe ke, elok ah kalau nak menumbuk benda alah asam keping tu. Muehehehe

3) Gamak tak lega jugak? pergi jelah beli ubat batuk kat klinik Doktor Che' Pah Vibrate tu. Kehkehkeh



Harap berkesan lah petua yang aku bagi ni ye. Hah! lagi satu! Jus Asam Jawa Tamirin yang ada jual kat kedai tu pun bagus jugak kalau nak hilangkan sakit tekak mahupun batuk. Untuk kebaikkan anda dan orang sekeliling, better pakai mask ok. Muahahaha =D

BYE.

Amali Makmal 1 Buat Aku Gelabah Tak Tentu Pasal!

Pengalaman menjawab lab test tadi memang aku cuak gila. Kenapa aku cuak? Sebab PC tiba-tiba hanggggggggg dan tak berfunction dengan baik. 

Mula-mula aku bukak, lama jugak la nak loading. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Lepas tu terus aku berambus tukar PC hadapan. Pun sama!

Dah kenapa dengan aku hari ni? Adakah terpijak taik ayam panu masa dalam perjalanan nak pergi kelas??? Ataupun termengutuk jiran sebelah bilik pagi tadi? Lepas tu, aku tukar PC lain plak, sebab feedup dengan kedua-dua PC tadi. Alhamdullillah, Ok. Masa nak dekat tiga puluh lima minit jugak ah aku baru start buat Lab test tu.



 Gambar Ehsan  makcik Google


Serius PC hanggggg salah satu kenangan pahit jugak la tadi. Apapun redha jelah. Aku tahu, tadi sir agak kecewa dengan kitaorang. Saya, bagi pihak rakan-rakan ingin memohon seribu kemaafan setulus hati. =')


BYE

Jangan Takut Kalau Kena Kutuk...


Kena kutuk? Kena kritik? Kena herdik? Perlu ke nak takut? Perlu ke nak cuak menggelebah tak tentu pasal? Kalau apa yang kita buat tu memang patutpun kena kutuk, bagi aku tu ok la. Kalau orang yang kutuk tu main tembak bom nagasaki je, itu memang beliau cari pasal untuk beliau kena balik bom makan kaki lah kan.

Bak kata pepatah, kalau takut dilambung tsunami jangan berumah di tepi kolam ikan jaws(Macam menggelabah je peribahasa aku kan? Muehehehehe)

Dalam hidup, memang kau akan rasa fasa kritik mengkritik ni, Kalau kritik yang jenis membina tu ok lah. Kalau jenis yang nak menganjing auk auk je, sila abaikan, tak payah ikut!


Manusia? Biasalah, kalau nak kritik orang memang deras macam air terjun Gunung Mat Cincang. Salah diri sendiri tak nampak. Hentam orang? Downkan orang? Memang suka. Bila diri sendiri kena down mahupun kena tembak macam senapang? Baru menggelabah nak cari tikar sembahyang. =)

Tak perlu takut bila kena kritik, mungkin dengan kritikkan akan mengajar kita supaya menjadi lebih dewasa kelak. Ecehhh =D

P/S: Harini terasa diriku macam WIKIPIDEA pulak. Muahahhaaha =D


BYE.

Perli Baik Punyerrr, Mohon Jangan Terasa

Ini bukannya ayat sentap menyentap sampai seseorang tu jadi migrain sampai meroyan tak ingat negara. Ini just renungan semata-mata bukan mata ayam, mata lipan, mahupun mata ikan lampam.























LOL! =D

Ketidak Jujuran Dalam Perhubungan

Apa yang korang rasa bila kawan korang yang dah kawan lama tikam korang dari belakang. Bukannya tikam dengan pisau mahupun kapak tebang pokok cenduku tu. Maksud aku, dia buat taik la kat belakang korang. Buat taik pun tak tahu? Kalau tak tahu jugak sila search kat WIKIPIDEA



 Kenapa aku pilih gambar ni? Sebab aku rasa gambar ni macam comel jer, macam comel jer. =D


Berbalik pasal kawan tadi. Kawan ok bukan kahwin. Kalau gatal nak kahwin sangat, sila hentak sini sambil kembungkan pipi sampai berurat. Muehehehe. Apa perasan korang bila kawan yang korang kawan lama tikam belakang korang? 

*Adakah korang akan sepak muka dia sampai lebam?

*Adakah korang akan kentut dalam lubang hidung dia sampai beliau pengsan?

*Adakah korang akan sumbat mulut dia dengan kuih bengkang?

*Adakah korang akan hempuk dia dengan batu nisan?




  Sweet letew buat-buat bintang macam tu? Muehehe =D


Tapi tak best la, bila korang dah kawan lama-lama dengan tak semena-mena dia buat taik plak kat belakang kan? Pesan aku. Jangan lah baik sangat dengan orang. Nak baik boleh tapi biarlah berpada-pada. Jangan jadi macam gambar kat bawah ni hah.





So, silalah hargai kawan yang masih ada selagi dia tak buat taik dengan korang. Peaceee!!!!! =D



BYE

Kahwin Muda Best Ke?

Perghh!!! Dah kenapa dengan aku dok sebut-sebut pasal kahwin semua? Menggeletis sangat ke nak kahwin? Kang tak memasal terperanjat kancil plak mak dengan ayah aku. Muahahaha


 Suka letew!


Sebenarnya, ni tema blog minggu ni. Tak ada makna aku nak buang tabiat nak kahwin awal-awal. Nak kukuhkan ekonomi dulu, baru boleh kahwin. Ecehhh... 

Kahwin yakni nikah bukan benda main-main ok. Bukannya macam kau kahwinkan pokok bunga kertas dengan pokok bunga raya. Ataupun main kahwin kahwin kat pondok tepi sawah padi nun menghijau. No. no. no!Persoalannya? Best ke kahwin muda-muda ni?

Sebut pasal kahwin muda ni. Aku terjumpa satu pasangan ni, perghhhh! Muda gila babai kahwin! Lelaki umur 16 tahun perempuan umur 14 tahun. Wow! Sangat muda kan? Tapi artikel ni yang tahun lepas punya kut kalau tak silap. Ni sekitar gambar-gambar perkahwinan diorang. 




 










Dialog: Sudikah awak menjadi suri hati saya? Perghhhhhhh! muehehehe =D




***Tukar persalinan macam cerita hindustan***

























Abang wish semoga adik Syafiq dan Yana bahagia sehingga ke akhir hayat! Perghhh! Abang ke?! kehkehkeh. Apa-apapun memang respek laa dekat diorang ni. Kalau nak tengok video perkahwinan adik Syafiq dengan adik Yana ni. korang tekan link kat bawah ni:


Aku rasa tak salahpun kalau nak kahwin muda. Asalkan diorang bahagia dan tak kacau orang. Boleh jugak mengelak dari kemaksiatan. Kan?

So, kalau ada kemampuan agak-agak dah kategori wajibul qannah kahwin tu. Di usulkan, boleh ah korang kahwin awal. =D


BYE.

Manusia Patung Barbie???




Manusia patung Barbie???Pergh!!! Pelik tapi benar. Memang wujudpun manusia yang iras-iras Barbie ni. Masa dok bermaharajalela dok search kat internet. Tiba-tiba aku terjumpa benda alah ni. Wujud ke tidak manusi tersebut? Sila lah skodeng secara berjemaah gambar-gambar beliau kat bawah ni =D



































Uishhh.... terkejut aku tengok dia ni. Sanggup buat pembedahan plastik semata-mata nak sama dengan patung Barbie tu? 


Korang rasa sama ke tak??? =D


BYE.

Minggu Memerah Otak!



Selepas daripada cuti seminggu, terus mid sem! OMG! Tersangatlah berserabut kepala otak aku. =D Lumrah seorang pelajar kalau tak lari ketensyenan memang lah tak sah! Kan?

Apa nak buat. Hidup kena diteruskan. Dalam minggu mid sem ni kat library memang penuh ah dengan student dok memerah otak.

Pergi je library puas dok cari tempat duduk akibat kesesakkan parking yang begitu drastik! Sementara nak dapat parking port yang sesuai, aku rasa dekat satu jam dok ulang alik dalam library tu dok cari tempat duduk. Alasan nak study bersungguh-sungguh letew. Muehehehe =D




Makanya, saya ingat mengucapkan kepada rakan-rakan yang akan menghadapi mid exam. Gud luck dan buat yang terbaik! =D


Mood: Blurrr seadanya! *_*



BYE.

Kisah Aku & Ayam Warna Warni Seindah Pelangi

Tajuk nak dasyat je selalu. masalahnya dasyatkah? Muahahaha. Siapa pernah tengok ayam warna warni? Ayam warna warni ehh, bukan mak ayam atau bapak ayam yang pakai baju warna warni. untuk menyelesaikan keraguan, sila tengok gambar beliau a.k.a ayam warna warni tersebut kat bawah ni hah.



Empat ketul anak ayam warna warni yang baru menetas dari telur ibunda tercinta




Masa kecik kecik dulu, pantang pergi kedai jual burung je, mesti akan terserempak dengan benda alah anak ayam warna warni ni. Memang geram je aku tengok depa ni sekor-sekor. 

Kenapa boleh jadi warni warni macam ni eh? kenapa? kenapa? kenapa?!!! Dah kenapa dengan aku hoi! hahahaha

Maybe, sebelum menetas tu ada proses pewarna warnian kut. Muehehehe =D












So semenjak ada benda alah anak ayam berwarna warni tu, akupun tiap-tiap harilah dok pi mengadap anak ayam berwarna warni tersebut kat kedai jual burung tersebut. Sampai Apek Hong seong Lim taukeh kedai burung tupun teramatlah feedup dengan aku sebab hari-hari dok pi usha anak ayam berwarna warni tersebut. Ops, sorry Apek Hong Seong Lim, termention nama Apek plak kat sini! Muahahaha =D
















Kes 1

Masa mula-mula beli, tereksited tu haruslah ada. Sikit-sikit bagi makan dedak, tak sampai pat ploh nam saat aku bagi makan dedak, nampak beliau yakni anak ayam warna warni tersebut macam lapar je aku terus bagi dedak. Asyik makan, makan, makan jer. Last sekali mati kejung sekor-sekor sampai perut kembung! Oh tidak! habis anak anak ayam warna warni aku!

Kes 2

Sebab aku beria-ia sangat nak bela anak ayam warna warni tu. Aku tak putus asa untuk membela. Aku beli lagi beliau iaitu anak ayam warna warni. Hari pertama semua ceria lagi dirumah. Hari kedua pun ok lagi muka masing-masing sebab aku dah had dah jadual pemakanan diorang tak kasi jadi macam kes pertama. Hari ketiga!!!!!! Aku tengok dalm sangkar tinggal sekor jer?! Rupa-rupanya dah kena lahap dengan kucing jiran sebelah sebelah aku! Hoi!!!!!!! Meh sini kau kucing, macam nak cekik je leher kau sampai meninggal! banyak-banyak anak ayam, apesal perlu kau lahap anak ayam warna warni aku?! mujur Cikbu tak berperangai sedemikian. Kalau tak, dah lama aku hantar balik kat Market! Muehehehe

Kes 3

Disebabkan terjadinya tragedi-tragedi yang sangat tragis macam kes-kes di atas. Aku terus feedup untuk bela lagi anak ayam warna warni tersebut! =D

Lepas ni aku rasa nak kena bela kucing warna warni pulak la. Ada ke tak korang rasa? Apa pulak tak adanyer? Sila enter banyak-banyak kali untuk tengok gambar kucing warna warni tersebut! =D


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Jangan berhenti)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(sila teruskan lagi dengan penuh senyuman =)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Sikit lagi)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



 Ni lah beliau a.k.a kucing warna warni yang aku maksudkan. kehkehkeh

Rasa macam nak lempang tak aku sebab aku suruh korang enter, enter banyak banyak kali? Sila lah jangan lemapang saya, kalau nak kasi lempeng ok!  =D

Sekian sahaja Rancangan wanita Hari Ini, Esok dan Selama-lamanya. Saya Encik Hamran Hanapiah mohon mengudur diri. Sekian terima kasut daut keladut! kehkehkeh



BYE

Senyum Selagi Kita Mampu Tersenyum =)


Setiap manusia di atas muka bumi ini mesti ada dengan masalah masing-masing. Kalau hidup tak pernah ada masalah, memang dasyat lah. hahahaha

Kenapa dalam kehidupan kita perlu senyum? kenapa? kenapa? kenapa? =D

1) Senyum untuk awet muda.

2)Dengan senyuman dapat menyelesaikan masalah dengan tenang

3)Senyum itu sedekah =)

4)Senyuman juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia

5)Perlu senyum untuk meneruskan hidup! 

Tapi, sekarang ni banyak jugak kategori senyum. Ada senyum korea la, senyum sambil kembungkan pipi la, senyum-senyum nampak gusi la dan seangkatan denganya. Muahahaha

Apa yang paling penting, lapangkan dada dan senyumlah untuk diri sendiri! =D

 Sila guna ubat gigi Kodomo lion aum aumm, untuk mendapatkan gigi & gusi yang cantik seperti saya! =D

Fuh! baru mampu tersenyum selepas berjaya menghabiskan penulisan entry ini. Terima kasih daun keladi, lain masa kita bersengih lagi! =D




BYE.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...