Jangan Takut Kalau Kena Kutuk...


Kena kutuk? Kena kritik? Kena herdik? Perlu ke nak takut? Perlu ke nak cuak menggelebah tak tentu pasal? Kalau apa yang kita buat tu memang patutpun kena kutuk, bagi aku tu ok la. Kalau orang yang kutuk tu main tembak bom nagasaki je, itu memang beliau cari pasal untuk beliau kena balik bom makan kaki lah kan.

Bak kata pepatah, kalau takut dilambung tsunami jangan berumah di tepi kolam ikan jaws(Macam menggelabah je peribahasa aku kan? Muehehehehe)

Dalam hidup, memang kau akan rasa fasa kritik mengkritik ni, Kalau kritik yang jenis membina tu ok lah. Kalau jenis yang nak menganjing auk auk je, sila abaikan, tak payah ikut!


Manusia? Biasalah, kalau nak kritik orang memang deras macam air terjun Gunung Mat Cincang. Salah diri sendiri tak nampak. Hentam orang? Downkan orang? Memang suka. Bila diri sendiri kena down mahupun kena tembak macam senapang? Baru menggelabah nak cari tikar sembahyang. =)

Tak perlu takut bila kena kritik, mungkin dengan kritikkan akan mengajar kita supaya menjadi lebih dewasa kelak. Ecehhh =D

P/S: Harini terasa diriku macam WIKIPIDEA pulak. Muahahhaaha =D


BYE.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...