Uhuk Uhuk Uhuk! Ahak ahak ahak! Ehek ehek ehek! Achaner? Ada tak yang dok sakit-sakit tekak sekarang? Kebelakangan ni aku tengok ramai budak-budak kelas aku dok sakit tekak. Sakit tekak, bukan sakit tengkuk. Sakit tengkuk tu lain, kalau sakit tengkuk pergi klinik Doktor Che' Pah Vibrate sendiri ok. =D
Sejak dua menjak ni ramai nawww member-member aku dok batuk uhuk-uhuk dalam kelas. Risau nawww aku takut berjangkit. Roomate akupun dok batuk-batuk dalam bilik. Makin berirama batuk dia aku tengok sekarang. Untuk melegakan batuk yang tak menahan dok menggatal kat dalam tekak korang tu, meh sini aku nak kasi petua sikit :
1) Minum air asam jawa. Better buat sendiri lah air asam jawa tu, buat suam-suam kuku unta gurun je masa nak minum tu. Untuk hasil yang lebih berhemah, sila minum air asam tersebut secara sikit-sikit.
2) Boleh jugak kalau nak guna asam keping. Bakar sampai hitam dan rentung. Lepas tu tumbuk sampai lumat. Gamak tengah putus dengan pakwe mahupun makwe ke, elok ah kalau nak menumbuk benda alah asam keping tu. Muehehehe
3) Gamak tak lega jugak? pergi jelah beli ubat batuk kat klinik Doktor Che' Pah Vibrate tu. Kehkehkeh
Harap berkesan lah petua yang aku bagi ni ye. Hah! lagi satu! Jus Asam Jawa Tamirin yang ada jual kat kedai tu pun bagus jugak kalau nak hilangkan sakit tekak mahupun batuk. Untuk kebaikkan anda dan orang sekeliling, better pakai mask ok. Muahahaha =D
BYE.
No comments :
Post a Comment