Cik Bu Aku Semakin Gemok Macam Tuan Dia!

Cik Bu? Apakah itew? Mencarutkah aku? No no no! Takkan nak mencarut sesuci lebaran pulak kat sini kan? Tak pasal-pasal nanti kena maki sedebuk kat muka! Muahahaha

Cik Bu tu kucing aku sebenarnya, aku memang suka naw bela binatang bulu-bulu gebu nie. Dari kecik, kalau nampak kucing je mesti aku menggesel-gesel tengkuk beliau, nampak je anak kucing baru beranak terus aku peluk cium sampai lemas kucing tersebut! Nampak tak, tahap keobsesan aku terhadap kucing?

Ada jugak orang tanya aku. Kenapa kau tak bela binatang warna pink bunyi hik hok hik hok tu? Kau dah kenapa suruh aku bela binatang tu? Nak makan sudip nasi cicah dengan taik kambing ke? Muehehehe

Malas nak taip panjang-panjang, meh sini aku tunjuk gambar Cik Bu aku semasa beliau masih kanak-kanak riang-ria kuih samperit. Kehkehkeh












Kat atas gambar beliau masa kanak-kanak hingusan. Kat bawah pulak, gambar beliau time remaja. Suka letew aku balik beraya Haji dengan beliau. Muehehehe






*walaupun saya possing lentik macamni, saya lelaki ok! =P

Aku jumpa Cik Bu ni kat market je. Nampak comel nak meninggal sangat aku terus ambik bela kat rumah! Orang pergi market beli ikan, aku pergi market cari kucing! Muahahaha

Ada jugak aku survey harga anak kucing biasa kat Petshop. Seekor nak dekat RM600 wooo! Kalau anak kucing parsi pulak nak dekat RM1000 lebih! Mau melambung aku nak beli kalau seekor nak dekat RM1000 lebih! Muahahaha

Aku suka bela kucing sebab tikus dan lipas akan berambus dengan rela hati! Kahkahkah =D


BYE.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...