Maggie & Student Memang Tak Dapat Nak dipisahkan!


Sebelum duit pinjaman PTPTN, MARA mahupun JPA masuk. Aku rasa kebanyakkan student yang nak berjimat akan memilih MAGGI, yakni jalan yang paling terbaik untuk dijadikan makanan ruji diorang, termasuklah aku! Muahahaha

Aku rasa maggi nie tersangatlah membantu para-para student yang baru nak menapak untuk melanjutkan pengajian. Masa first time masuk Uni ataupun kolej, memang tak ah tiap-tiap hari ko nak bedal KFC mahupun Pizza Hut je hari-hari. Nak-nak yang baru masuk Uni. Opkos kena berjimat habis! So, jalan penyelesaian terbaik untuk berjimat mestilah Mee Maggi yang cepat di masak & sedap dimakan begitu sahaja! Kehkehkeh =D





Bagi adik-adik form 1 yang baru nak menatap di hostelpun aku rasa kebanyakkanya akan membeli dulu stok maggi ni banyak-banyak sebelum nak balik asrama tu. Beli banyak-banyak sumbat dalam loker, pastu buat business maggi! Memang ah terbaik!  Nak-nak time nak exam, ambik kau, memang berpusu-pusu orang akan cari maggi untuk bekalan di waktu malam! =D

 



 "Mama, kite tak nak maggi, mana klass makan maggi, kita nak Spageti olio mokazamo!!!" Pang! kena penampor ngan ayah beliau!Muehehehe


Sekarang ni banyak gila brand baru Mee segera ni! Yang paling femes-amos kebabom sekarang ni maggi la paling ramai orang dok sebut, mana-mana kau pergi mesti orang dok panggil maggi. Tak adanya nak sebut brand bagai. Sampai akupun terikut sekali. Nak beli Mee segera PAMA, tapi dok sebut maggi jugak. Kan? =D

Contoh :

Normal bila - "Pak Lebai Dollah Cerut! Maggi ada tak jual? Nak yang kari punya ek."

Rasa macam tak normal bila - "Pak Lebai Dollah Cerut! Mee Segera Frieds Noodle ada jual tak? Nak yang kari punya ek."



Memang skema aku rasa kalau nak beli maggi sebungkuspun nak kena sebut brand dia sekali! Mau terkentut sampai terbuasir kalau Pak Dolah Cerut dengar aku dok sebut sekali dengan brand maggi tersebut! Muahahaha

 Mak aii!!!! Tak makan sepuluh hari ke ape ni? =D

Terasa lapor pulak dok tengok mamat-mamat kat atas ni dok sentap maggi dengan begitu senonoh sekali. So, jangan lupa beli maggi untuk menjimatkan lagi kos ekonomi rumah tangga anda ok! Perutpun sudah bergelodak dengan rakusnya, minta diisi dengan maggi cap ayam letew! Muehehehe



BYE. =D


P/S : lepas ni Syarikat Maggi mesti ambik aku jadi duta beliau punya ah. sebab aku dah promote kaw-kaw punya produk diorang! Kahkahkah

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...