Orang Tersayang!!!

Kali ini bukan aku nak berkasih sayang mahupun bercanda secara beriang ria di tepi pantai sampai semput ke ape ke ye. Tajuk entry diberi sebagai tema blog hari ini pasal orang yang boleh dipercayai dan disayangi. Baru ah felling Rosalinda Ayammmor ok! Kemaheng Rosalinda Ayammmorrrr semua keluar. Muehehehe


Adakah orang tersayang aku Rosalinda Ayammor yang suka gentel-gentel bunga ros merah menyala itu???



Seksi naw kau wahai Rosalinda Ayammmmor yang suka gentel-gentek bunga ros merah menyala! Muahahaha =D


No! No! No! Bukan Rosalinda Ayammmor orangnya untuk aku berkasih sayang. Dah kenapa dengan aku nak berkasih sayang dengan Rosalinda Ayammmor? Dah ah free hair, rambut berdai oren macam taik katak puru pulak tu. Lepas tu, baju nak tak nak je pakai. Baik aku berkasih sayang dengan mak dengan ayah aku, lagi berfaedah! Kehkehkeh



 Mak & Ayah aku =)

Hari ni aku nak cerita pasal mak dengan ayah aku. Aku rasa diorang lah insan yang paling aku percayai. Kalau ada masalah negara mahupun kajian tempatan ke hape ke kan, aku akan mengadu domba kat diorang. Dari kecik, memang aku rapat dengan mak dengan ayah aku. Aku paling rapat dengan mak aku lah. Ayah pun, aku rapat jugak.

Aku ingat lagi masa kecik-kecik gonjeng masa zaman-zaman berhingus dulu. Pantang dengar ayah aku start enjin motor nak pergi kedai mamak annadeyy pucitandeyy karripuleyyy nak pergi beli roti canai ke apa ke, mesti aku sibuk dok celapak berkejaran nak ikut beliau bersama untuk pergi beli roti canai kedai mamak annadeyy pucitandeyy karripuleyyy tersebut. Duduk dalam raga ok, yang raga kat depan motor tu. Muehehehe.

Tapi sekarang dah tak buat lah perangai tak berperikemanusiaan sedemikian rupa nak duduk dalam raga depan motor tu. Kalau buat jugak, nampak nawww kau nak makan penampar sulong dengan ayahanda aku! =D

Sebab tu ah, sampai sekarang kalau aku ada problem ke ape ke, mesti aku cerita dekat mak dengan ayah aku. Sebab apa? sebab aku rasa mak dengan ayah aku sempoi je bila bagi pendapat macamana cara nak settle balik masalah tersebut.  



Perghhh!!!Rasa macam nak mengalir air mata kejantanan aku bila tengok gambar kat atas ni! Tisu cap Premier! Tisu cap Premier! Pleasssse! Muehehehe =D

Aku rasa kalau kita ada masalah ke hape ke kan. Better, kita mengadu domba kecebom kecebm dengan mak ayah kita. Tapi terpulang kepada keselesaan masing-masing lah. Ada yang suka cerita masalah dia dekat member, ada jugak yang suka cerita masalah dia kat pensyarah dan ada setengah lagi tu, suka jugak luahkan masalah dia dekat pokok-pokok bunga. Terpulanglah kepada keselesaan masing-masing lah kan.  =D

Stop secara bertepuk amai-amai berbelalang berkedek-kedek dulu lah tulis entry ni. Bukannya ada orang nak baca pun kan kalau aku meraban panjang-panjang? Muahahaha


Pat-pat siku lipat, siku lipat hentak kaki,
Pat-pat muka ketat, lain masa aku up entry lagi. =D





BYE

Tips Sakit Tekak Yang Berkesan & Mujarab!

Uhuk Uhuk Uhuk! Ahak ahak ahak! Ehek ehek ehek! Achaner? Ada tak yang dok sakit-sakit tekak sekarang? Kebelakangan ni aku tengok ramai budak-budak kelas aku dok sakit tekak. Sakit tekak, bukan sakit tengkuk. Sakit tengkuk tu lain, kalau sakit tengkuk pergi klinik Doktor Che' Pah Vibrate sendiri ok. =D





Sejak dua menjak ni ramai nawww member-member aku dok batuk uhuk-uhuk dalam kelas. Risau nawww aku takut berjangkit. Roomate akupun dok batuk-batuk dalam bilik. Makin berirama batuk dia aku tengok sekarang. Untuk melegakan batuk yang tak menahan dok menggatal kat dalam tekak korang tu, meh sini aku nak kasi petua sikit :

1) Minum air asam jawa. Better buat sendiri lah air asam jawa tu, buat suam-suam kuku unta gurun je masa nak minum tu. Untuk hasil yang lebih berhemah, sila minum air asam tersebut secara sikit-sikit.

2) Boleh jugak kalau nak guna asam keping. Bakar sampai hitam dan rentung. Lepas tu tumbuk sampai lumat. Gamak tengah putus dengan pakwe mahupun makwe ke, elok ah kalau nak menumbuk benda alah asam keping tu. Muehehehe

3) Gamak tak lega jugak? pergi jelah beli ubat batuk kat klinik Doktor Che' Pah Vibrate tu. Kehkehkeh



Harap berkesan lah petua yang aku bagi ni ye. Hah! lagi satu! Jus Asam Jawa Tamirin yang ada jual kat kedai tu pun bagus jugak kalau nak hilangkan sakit tekak mahupun batuk. Untuk kebaikkan anda dan orang sekeliling, better pakai mask ok. Muahahaha =D

BYE.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...