Terjebak Dengan Rawatan Resdung Sampai Berasap-Asap Hidung

Hari tu, berfoya-foya lah kejap dengan member-member aku kat Down Town untuk melepaskan streess di dalam kepala. Hari-hari mengadap buku, maunya tak streess bagai nak rak kasut. Ini semua poyo! Muahahaha =D

Maka kitaorangpun, berlenggang-lengguk ketuk ketampilah secara berliku kat dalam Down Town tu selepas menjamah benda alah cucuk-cucuk sedap nak meninggal tu sampai lebam. Nak tau benda alah cucuk-cucuk tu apa, sila hentak dengan pembaris besi korang Kat Sini. Tiba-tiba ternampak ada promotion rawatan resdung. Dengan perasaan yang membuak-buak untuk menjadikan muka handsome seperti Fahrin Ahmad dan juga Aaron Aziz(muntah pelangi kejap!). Akupun terus ah terjebak buat rawatan resdung tersebut dengan tersenyum simpulnya sekali. =D



Dasyat jugak ah penangan buat rawatan resdung sebenarnya. Sedihh!!! Aku buat benda alah ni. Maunya tak sedih!!! Air mata bergelimpangan keluar! Tapi best! =D




Macam tu lah cara nak buang hama resdung tersebut. Kenapa tak letak gambar aku? Tak payah ah, takut korang muntah biru pulak kang. Muahahaha

Kalau yang rasa gatal-gatal hidung mahupun telinga tu bila bangun pagi-pagi. Elok bebenaw lah kalau nak buat rawatan resdung ni. Bila dah buat tu muka akan rasa kosong dan ringan je. =D

So, pergi lah buat secara berjemaah untuk mendapatkan wajah yang gebu dan comei macam Kak Ton! Comei tak kak Ton?! Muahahaha =P



BYE =D


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...