Kalau sebutan betulnya ikan guppy. Tapi aku selalu sebut ikan kapi je. Ghasak je lah guppy ke? kapi ke? gury ke? Janji tak berbelet lidah aku nak sebut. =D
Bapak ikan kapi tersebut
Mak ikan kapi tersebut.
Aku beli ikan ni lebih kurang tiga minggu lepas. Asalnya empat ekor, yang lagi dua ekor tak dapat nak diselamatkan akibat demam panas yang tragik! Muahahahah
Maka tinggal lah dua ekor sahaja. Mujur laa sepasang je yang kembali ke rahmatullah tu, mujur tak gone empat-empat ekor sekali, kalau tak, mau gila meroyan aku.
Asalnya benda alah akuarium ni tempat kura-kura. Nampak macam cantik je, aku terus bela ikan kat dalam tu. Kemaheng kau wahai ikan kapi siap ada pokok kelapa dengan jambatan pulau pinang lagi kat dalam tu. Bilik akupun tak vogue macam tu! Muehehehehe
Kat bawah ni gambar anak-anak ikan kapi tersebut berliuk-liuk manja kat dalam akuarium sambil ditemani dengan buih-buih oksigen bergelora! =D
Lepas ni aku rasa aku nak buat business jual anak ikan pulak lah. Kalau berminat untuk beli anak-anak ikan aku sila hubungi talian bebas tol kami di 0800 800 900 120. Muehehehehe =D
BYE.
No comments :
Post a Comment