Pernah terfikir tak selama ni kening kita sesuatu kejadian yang unik? Sepanjang hidup aku, kening-kening yang selalu aku nampak, ala-ala kening Ziana Zain pun ada, ala-ala Jaafar Onn pun ada, ala-ala nak tak nak pun ada kening tu aku tengok. Kehkehkeh
So, nak tau maksud tersirat di sebalik kening korang cun ke tak? Jom! Kita tafsir secara berjemaah! Tak mau sentap-sentao hokey, aku buat ni just suka-suka je. Nak sentap? Lantak korang lah! Muehehehe
1) Bulu Kening bersambung tengah
Kalau jenis ni, kuat naww ah ambik tahu hal remeh temeh. Lepas tu cemburu tak habis-habis, sentiasa nak orang bagi semangat je kat dia. Manja letew.
2) Kening jenis tak teratur ataupun serabut
Bagi bulu kening jenis ni pulak, terlalu terburu-buru dan kurang berhemah kalau bercakap dan jugak sering terbabit dalam pertengkaran. Yakni perang mulut yang dasyat!
3) Bulu Kening lurus
Korang jenis yang gagah & suka berdebat! Ye ke? Muehehehe
4) Bulu Kening yang melengkung
Korang suka naww ah menghiburkan hati orang lain. Nak-nak kalau baru putus couple ke apa ke kan, boleh lah pergi cari orang jenis yang kening macam ni. Confirm lepas jumpa, korang akan gelak terkedek-kedek punya! =D
5) Bulu Kening tebal
Jenis yang suka buat aktiviti lasak. Panjat bukit mahupun terjun bangunan sangat sesuai ah dengan jenis kening yang macam ni! Kehkehkeh
6) Bulu kening cukur ataupun nak tak nak je kening tu hah
Kau dah kenapa nak cukur kening bagai?! Boleh masuk neraka jahanam tau! berkawan pulak dengan syaitoonnn nirrajimmm!!!Haram.. Haram.. Muahaha. Bulu kening HARAM dicukur tetapi jika ia memudaratkan diri atau terasa
aib korang dibolehkan untuk mencukur sedikit sahaja bahagian yang tidak
diperlukan untuk kelihatan lebih kemas, rapi dan comel gitew! =D
Jap! Nanti dulu, sumber aku ambik kat google ok, jangan lepas ni dalam kelas korang nak pelangkung aku dengan selipar jamban pulak. Dah!!! Kencing berdarah aku di situ! Muehehehe
Sekian sahaja berita TV 13 untuk kali ini, saya, Karam Kerapu Kunasari Waliam melaporkan untuk anda. Kita kembali ke Sri Pentas dan sekian, terima kasut!
BYE! =D
No comments :
Post a Comment