Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Tema blog minggu ini ialah "bersyukur". Syukur... syukur.... syukur... ya Allah... Syukur... Alhamdulillah... Tiba-tiba teringat lagu kumpulan Raihan pulak zaman-zaman sekolah rendah dulu. Nampak nawww kumpulan Raihan femes time tu. Kenapa kita perlu bersyukur? Hidup ni kalau tak reti nak bersyukur sila lah jangan hidup. =D




Kadang-kadang manusia selalu lupa nikmat yang diberikan oleh-Nya. Keluhan-keluhan yang biasa kita dengar :

* Alah... Duit bulan ni cukup-cukup makan je lah. Mmmm....

* Banyak ni je kau bagi aku? Mana cukup weih. Bagi la banyak sikit

* Kenapa muka aku buruk macam beruk eh? Nak buat plastik surgey lah.

* Mak!!!! Lauk ayam goreng berempah tak ada ke? Takkan nak makan nasik dengan ikan bilis je? Mana selera.

* Perghhh!!! Lawa gila kut awek tu! Tak macam awek aku. Tak ada shape!




Macamana? Adakah korang juga tergolong dalam manusia seperti di atas. Ingatlah wahai rakan-rakan sekalin, walaupun semiskin mana sekalipun kita, jangan lupa masih ada yang miskin lagi di luar sana. =)


Sekian terima kasih daun keledek ubi, 
Lain masa kita berkekek lagi =D




BYE

Rindu Nawww Nak Makan Ikam Pekasam Goreng!

Hujan, hujan, hujan dan hujan. Musim-musim hujan ni tiba-tiba kecur lidah pulak dok teringat ikan pekasam goreng. Nak-nak bila goreng ikan pekasam tu letak bawak sikit, letak cili padi sikit, lepas tu makan pulak dengan nasik putih  panas-panas. Perghhhh!!! Sengkak tak henggat dunia ah jawabnya kalau dapat melantak. Muahahaha




Kenapa tiba-tiba nak tulis entry pasal benda alah ikan pekasam ni pulak? Aku nak jadi taukeh jual ikan pekasam kah? Ataupun nak sabotaj Kiah Pekasam dalam Astro warna tu? Tidak, tidak, tidak! Sebab entry bebas, ikut suka aku ah nak tulis apapun. Kehkehkeh





Sebenarnya aku ada kisah dengan benda alah ikan pekasam ni hah. Dulu masa first time jumpa benda alah ikan pekasam ni, perghh!!! Memang tidak dapat diterima oleh anak tekak ah time first time dulu. Nak-nak pulak bau dia memang tak boleh belah batu belah batu bertangkup. Mak aii!!! Mau kembang anak tekak den nak sontap nye. Kemaheng tiba-tiba berbahasa nogori sombilan di sitew. =D

Pada suatu hari, ecehh... Macam tukang karut pulak nak pada suatu hari bagai kan? Kehkehkeh. Sambung balik. Pada suatu hari, mak aku tergorenglah benda alah ikan pekasam ni. Kemaheng lazat lah pulak dia punya aroma tu tiba-tiba. Sebelum-sebelum ni kalau aku jumpa benda alah ikan pekasam ni memang buat dono je ah. Sentuhpun tak, apetah lagi nak mencekik beliau yakni ikan pekasam tersebut!






Lepas pekena sekali, terus tangkap cintan dengan rasa beliau! Sedap gila nak meninggal kot rasa dia. Tiba-tiba rasa, kena pulak dengan anak tekak. Selalunya dok makan spagheti dengan pasta je kan. Puih!! Banyak ah ko punya spagheti dengan pasta! Muehehehe

Musim hujan ni, tekak aku asyik teringatkan ikan pekasam mak aku je memanjang. Macam orang gila meroyan mati beranak sulong dah aku rasa. kahkahkah. Itulah sedikit sebanyak sejarah hidup aku dengan benda alah ikan pekasam ni, walaupun cara pemprosesan dia agak "ehem-ehem" sikit. Muehehehe





Bye =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...