Terjebak Dengan Rawatan Resdung Sampai Berasap-Asap Hidung

Hari tu, berfoya-foya lah kejap dengan member-member aku kat Down Town untuk melepaskan streess di dalam kepala. Hari-hari mengadap buku, maunya tak streess bagai nak rak kasut. Ini semua poyo! Muahahaha =D

Maka kitaorangpun, berlenggang-lengguk ketuk ketampilah secara berliku kat dalam Down Town tu selepas menjamah benda alah cucuk-cucuk sedap nak meninggal tu sampai lebam. Nak tau benda alah cucuk-cucuk tu apa, sila hentak dengan pembaris besi korang Kat Sini. Tiba-tiba ternampak ada promotion rawatan resdung. Dengan perasaan yang membuak-buak untuk menjadikan muka handsome seperti Fahrin Ahmad dan juga Aaron Aziz(muntah pelangi kejap!). Akupun terus ah terjebak buat rawatan resdung tersebut dengan tersenyum simpulnya sekali. =D



Dasyat jugak ah penangan buat rawatan resdung sebenarnya. Sedihh!!! Aku buat benda alah ni. Maunya tak sedih!!! Air mata bergelimpangan keluar! Tapi best! =D




Macam tu lah cara nak buang hama resdung tersebut. Kenapa tak letak gambar aku? Tak payah ah, takut korang muntah biru pulak kang. Muahahaha

Kalau yang rasa gatal-gatal hidung mahupun telinga tu bila bangun pagi-pagi. Elok bebenaw lah kalau nak buat rawatan resdung ni. Bila dah buat tu muka akan rasa kosong dan ringan je. =D

So, pergi lah buat secara berjemaah untuk mendapatkan wajah yang gebu dan comei macam Kak Ton! Comei tak kak Ton?! Muahahaha =P



BYE =D


[ S4 ] Yang Ohsem! =D

[ S4 ]? Apekah itu? Adakah beliau sejenis buah mahupun kuih tradisional melayu Melakaw? No. No. No. Tidak sama sekali. Adakah S4 itu Retis? Dah kenapa pulak retis tersebut nak kena letak dengan nama S4? Muahahaha

Actually, perghhh! Omputih mat solleh felling ''Actually" jap! Kehkehkeh. S4 ni merupakan set 4 kelas Aplikasi komputer guek. Sebenarnya, gini deh. Kelas ni guek rasa yang paling ohsem sekali. Terutamanya ada lecturer yang sporting ! Kayaknya seperti enggak mahu keluar dari kelas bila belajar sama dia. Terindonesia lah pulak. Back to normal. Muahahaha

Sejak masuk je dalam kelas Aplikasi Komputer di bawah set 4 ni, banyak gila benda yang aku dapat. bukan setakat tahu untuk pelajaran aplikasi saja. Banyak lagi benda-benda lain yang kau tak dapat dalam kelas lain dan kau akan dapat dalam kelas ni. =)

Hidup ini tak perlu untuk hipokrit adalah point yang aku selalu pegang bak kata sir. Jadilah diri sendiri dalam kehidupan dan tak perlu untuk jadi orang lainpun sebenarnya. =D



  Sir & rakan-rakan seperjuangan! (Gambar ditangkap secara berkuak rentang, takut kantoi. Muehehe) =D







Itu jelah gambar yang eden sompek ambik sepanjang berada dalam kelas aplikasi. Bagi yang nak ambik subjek ni untuk sem depan. Aku suggest sila lah daftar secara berjemaah dengan Sir Azzwan ye. =D

Cukuplah sudah untuk entry kali ni. Mau beradu dulu deh! Daaaa.... (Serius gedik!) Muehehehe =D


BYE.

Anak Ikan Kapi Aku Sudah Beranak! =D

Bangun pagi tadi, penuh aku tengok dalam bekas ikan aku dengan anak-anak baru. Melompat-lompat teng teng aku kat dalam bilik tadi. Muehehehe

Kalau sebutan betulnya ikan guppy. Tapi aku selalu sebut ikan kapi je. Ghasak je lah guppy ke? kapi ke? gury ke? Janji tak berbelet lidah aku nak sebut. =D



Bapak ikan kapi tersebut


Mak ikan kapi tersebut.


Aku beli ikan ni lebih kurang tiga minggu lepas. Asalnya empat ekor, yang lagi dua ekor tak dapat nak diselamatkan akibat demam panas yang tragik! Muahahahah

Maka tinggal lah dua ekor sahaja. Mujur laa sepasang je yang kembali ke rahmatullah tu, mujur tak gone empat-empat ekor sekali, kalau tak, mau gila meroyan aku.





Asalnya benda alah akuarium ni tempat kura-kura. Nampak macam cantik je, aku terus bela ikan kat dalam tu. Kemaheng kau wahai ikan kapi siap ada pokok kelapa dengan jambatan pulau pinang lagi kat dalam tu. Bilik akupun tak vogue macam tu! Muehehehehe

Kat bawah ni gambar anak-anak ikan kapi tersebut berliuk-liuk manja kat dalam akuarium sambil ditemani dengan buih-buih oksigen bergelora! =D








Lepas ni aku rasa aku nak buat business jual anak ikan pulak lah. Kalau berminat untuk beli anak-anak ikan aku sila hubungi talian bebas tol kami di 0800 800 900 120. Muehehehehe =D



BYE.

Gambar Hantu Seram Seh!

Malam selasa haritu, tengah dok syiok-syiok berkakao talk dengan member aku. Tiba-tiba beliau dengan spontan tenuk suruh aku bukak email. Dah kenapa dengan kau? Tak pernah-pernah suruh aku bukak email. Leceh lah nak beremail-email bagai. Facebook kan ado?

Aku dengan mata mengantuk serta kepala sudah kemurungan seperti tak mandi sehari bukak lah email aku. Perghhhh!!! Lompat tikam aku tengok beliau send gambar kat email aku. Kalau send gambar awek cun tak pe lah jugak, ni pergi send gambar hantu! Memang sengaja nak makan Softlan la dengan aku kan.

Kat bawah ni gambar-gambar hantu yang beliau send :

































Terima kasih sebab kau berjaya buat aku kemurungan otak selepas tertengok gambar-gambar ni semua. Tak boleh belah batu belah batu bertangkup. Siap mention lagi dekat email aku dengan ayat kat bawah ni :


"Jangan takut kalau duduk sorang-sorang kat bilik malam-malam, cuba bukak tingkap mesti ada kawan rambut panjang mata merah nak ajak berkawan"



Rasa macam nak baling BOM je kat beliau!


BYE

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

Tema blog minggu ini ialah "bersyukur". Syukur... syukur.... syukur... ya Allah... Syukur... Alhamdulillah... Tiba-tiba teringat lagu kumpulan Raihan pulak zaman-zaman sekolah rendah dulu. Nampak nawww kumpulan Raihan femes time tu. Kenapa kita perlu bersyukur? Hidup ni kalau tak reti nak bersyukur sila lah jangan hidup. =D




Kadang-kadang manusia selalu lupa nikmat yang diberikan oleh-Nya. Keluhan-keluhan yang biasa kita dengar :

* Alah... Duit bulan ni cukup-cukup makan je lah. Mmmm....

* Banyak ni je kau bagi aku? Mana cukup weih. Bagi la banyak sikit

* Kenapa muka aku buruk macam beruk eh? Nak buat plastik surgey lah.

* Mak!!!! Lauk ayam goreng berempah tak ada ke? Takkan nak makan nasik dengan ikan bilis je? Mana selera.

* Perghhh!!! Lawa gila kut awek tu! Tak macam awek aku. Tak ada shape!




Macamana? Adakah korang juga tergolong dalam manusia seperti di atas. Ingatlah wahai rakan-rakan sekalin, walaupun semiskin mana sekalipun kita, jangan lupa masih ada yang miskin lagi di luar sana. =)


Sekian terima kasih daun keledek ubi, 
Lain masa kita berkekek lagi =D




BYE

Rindu Nawww Nak Makan Ikam Pekasam Goreng!

Hujan, hujan, hujan dan hujan. Musim-musim hujan ni tiba-tiba kecur lidah pulak dok teringat ikan pekasam goreng. Nak-nak bila goreng ikan pekasam tu letak bawak sikit, letak cili padi sikit, lepas tu makan pulak dengan nasik putih  panas-panas. Perghhhh!!! Sengkak tak henggat dunia ah jawabnya kalau dapat melantak. Muahahaha




Kenapa tiba-tiba nak tulis entry pasal benda alah ikan pekasam ni pulak? Aku nak jadi taukeh jual ikan pekasam kah? Ataupun nak sabotaj Kiah Pekasam dalam Astro warna tu? Tidak, tidak, tidak! Sebab entry bebas, ikut suka aku ah nak tulis apapun. Kehkehkeh





Sebenarnya aku ada kisah dengan benda alah ikan pekasam ni hah. Dulu masa first time jumpa benda alah ikan pekasam ni, perghh!!! Memang tidak dapat diterima oleh anak tekak ah time first time dulu. Nak-nak pulak bau dia memang tak boleh belah batu belah batu bertangkup. Mak aii!!! Mau kembang anak tekak den nak sontap nye. Kemaheng tiba-tiba berbahasa nogori sombilan di sitew. =D

Pada suatu hari, ecehh... Macam tukang karut pulak nak pada suatu hari bagai kan? Kehkehkeh. Sambung balik. Pada suatu hari, mak aku tergorenglah benda alah ikan pekasam ni. Kemaheng lazat lah pulak dia punya aroma tu tiba-tiba. Sebelum-sebelum ni kalau aku jumpa benda alah ikan pekasam ni memang buat dono je ah. Sentuhpun tak, apetah lagi nak mencekik beliau yakni ikan pekasam tersebut!






Lepas pekena sekali, terus tangkap cintan dengan rasa beliau! Sedap gila nak meninggal kot rasa dia. Tiba-tiba rasa, kena pulak dengan anak tekak. Selalunya dok makan spagheti dengan pasta je kan. Puih!! Banyak ah ko punya spagheti dengan pasta! Muehehehe

Musim hujan ni, tekak aku asyik teringatkan ikan pekasam mak aku je memanjang. Macam orang gila meroyan mati beranak sulong dah aku rasa. kahkahkah. Itulah sedikit sebanyak sejarah hidup aku dengan benda alah ikan pekasam ni, walaupun cara pemprosesan dia agak "ehem-ehem" sikit. Muehehehe





Bye =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...